BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 1, 2010

Hari ini , Semalam, dan Esok takkan pernah sama

                                        sendirian seperti ombak di lautan sepi
Hari ini takkan pernah sama dengan esok
kemarin adalah sejarah
semalam adalah kenangan yang takkan pernah hilang dari ingatan
hari ini, semalam , esok, dan kemarin adalah sebuah kisah hidup bagi insan yang bergelar manusia dimuka bumi ini
setiap deretan masa dan perilaku kita adalah  lukisan dan arca yang menyempurnakan kisah kita .
kita adalah pelakon yang  melakonkan watak masing2 di atas pentas lakonan dunia
Kita adalah penyair yang menggunakan segala kesenian anugerah terindah untuk menggembirakan insan di dalam kedukaan.

Siapa Aku Di Depan Tuhanku?



SUBUHNYA...


Dimana ku berada,

Masih enak di dalam kelambu rindu,

Sambil berfoya-foya dgn waktu,

Masa bagaikan menderu,

Langkah tiada arah tuju,

Fikiran terus bercelaru,

Terlupa ku semakin dihujung waktu,

Siapa aku didepan TUHANKU?



ZOHORNYA...

Aku lebih memikirkan kelaparan, kehausan dan rehatku,

Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku,

Aku bertolak ansur dengan waktu,

Aku terlupa betapa besar kerugian,

Jika kumenggadaikan sebuah ketaatan,

Siapa aku didepan TUHANKU?



ASARNYA...

Aku lupa warna masa,

Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak,

Aku masih dengan secawan kopi,

Terlalu panas tak dihujung kepala,

Aku masih bercerita,

Tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka,

Siapa aku di depan TUHANKU?


                                         Tuhanku...hanya padamu ku berserah

MAGHRIBNYA...

Aku melihat warna malam,

Tapi aku masih berlegar disebalik tabirnya,

Mencari sisa-sisa keseronokan,

Tidak terasa ruang masa yang singkat,

Jalan yang bertingkat-tingkat,

Siapa aku di depan TUHANKU?



ISYA'NYA...

Kerana masanya yang panjang,

Aku membiarkan penat menghimpit dadaku,

Aku membiarkan kelesuan mengganguku,

Aku rela terlena sambil menarik selimut biru,

Bercumbu-cumbu dengan waktuku,

Siapa aku di depan TUHANKU?



Kini aku menjadi tertanya-tanya,

Sampai bila ku melambatkan sujudku,

Apabila azan berkumandang lagi,

Aku tidak akan membiarkan Masjid sepi,

Kerana dihujung hidup ada mati,

Bagaimana jenazah dibawa solat disini,

Jika ruangku dibiar kosong,

Jika wajahku menjadi asing,

Pada mentari dan bintang-bintang...

Tuesday, March 30, 2010

Perangkap Tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang ke rumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam
"hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar ?".

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah rerangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik,
" Ada perangkap tikus di rumah....di rumah. Sekarang ada perangkap tikus...."



Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak,
" Ada perangkat tikus !"

Sang Ayam berkata,
" Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba,
"Aku pun turut bersimpati...tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama.
" Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata
" Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena.

Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit.

Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...
Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan.
Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Doa Ketika ditimpa Musibah
 

Maksudnya: "Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya."


SUATU HARI NANTI....
KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN
MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA...
PIKIRKANLAH SEKALI LAGI !

Monday, March 22, 2010

PELAYARAN MUKMIN



 Kekuatan jiwa seorang mukmin itu bergantung pada pengamalannya seharian. Kesedaran yang menggunung tentang hakikat kejadian diri akan membuat diri seseorang, jelas tentang keberadaanya di dunia fana ini.
Firman ALLAH S.W.T: “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepadaKU” (Al-zariyaat ayat: 56).

Fikrah yang jelas membuat hidup lebih terarah. Seperti mana sebuah pelayaran, sudah pasti ada hala tujunya. Begitulah diibaratkan kehidupan kita sebagai hamba ALLAH di dunia yang fana ini. Pelayaran kita telah bermula sejak dilahirkan lagi. Pelayaran yang perlu dikaut sebanyaknya sebagai bekalan untuk disimpan dan digunakan pada penghujung pelayaran.

Sudah pasti dengan persinggahan yang sementara membuat hati kita terpaut pada yang di namakan keindahan. Tidaklah salah mencintai keindahan dan kecantikan kerana ALLAH itu cantik dan DIA suka akan kecantikan. Jadi perlulah berwaspada dengan keindahan yang di jumpai itu, kerana ia bukan milik kekal kita. Yang menjadi pemiliknya ialah ALLAH S.W.T.

“Kehidupan dunia itu tidak lain kecuali permainan dan hiburan sedang kampung akhirat itulah hidup yang sebenar, andai mereka mengetahui.” (Al-Ankabut:64)

Carilah sebanyak yang mungkin peluang yang ada, kautlah sebanyak mana yang boleh bekalan kita untuk menuju ke negeri abadi. Tanpa bekalan itu, ternyata sia-sialah hidup manusia itu. Kesempatan yang ada perlulah di gunakan sebaik-baiknya. Jadikan peluang keemasan itu satu "reward" buat kita semua.

Kata-kata saidana Umar r.a “Hisablah dirimu sebelum dirimu dihisab” Melalui kata-kata itu, capailah maksud bahawa hidup ini perlu di muhasabah setiap masa, usah menunggu hari esok. Bersegeralah dalam kebaikan.

Hisablah diri tentang apa yang telah dibuat sepanjang umurnya, sepanjang hari dan malamnya. Ini kerana di akhirat nanti kita semua akan di tanya tentang waktu kita yang telah di habiskan. Menjalankan sesuatu pekerjaan perlulah diingatkan dengan ketaqwaan , keikhlasan dan keimanan.

Hiasi ia dengan sifat mahmudah, tawaddu’. Renungkan dahulu sebelum melakukan sesuatu itu, bahawa adakah ALLAH redha buat perkara ini? Betulkah ianya syar’ie? Adakah ia dituntut dalam Islam?

“Tidak ada daun yang gugur yang tidak di ketahui ALLAH…”(Al-An'am:59)

Curahkan ilmu dalam segenap hal pada yang tidak mengetahui, jangan menghina pada yang tidak mengetahui, kerana hati sebegitu adalah lebih sakit daripada yang tidak mngetahui. Hiasi sikap dengan kata berhikmah. Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah, apabila di baling batu, di berikan buah sebagai balasan.

Letakkan ALLAH sebagai tempat mengadu yang paling tinggi. DIA merupakan sebaik-baik tempat mengadu. Usah di bimbang ALLAH tidak memakbulkan doa kita, kerana sesungguhnya ALLAH Maha Memakbulkan segala doa. Cumanya sama ada cepat atau lambat.

Firman ALLAH S.W.T: “Berdoalah nescaya akan AKU kabulkan.”

Sesungguhnya orang-orang beriman itu apabila di sebut nama ALLAH, maka bergetarlah hatinya, apabila di bacakan ayat-ayat ALLAH, maka makin kuat(iman) dan kepada ALLAHlah mereka bertawakkal. Kuatkan cinta dan keyakinan padaNYA, usah gusar untuk bercinta denganNYA, percaya dan yakinlah, tidak akan siapa yang kecewa dengan cintaNYA. Dan ingatlah kesudahan bagi mukmin itu amat indah, tiada apa yang dapat di bandingkan dengan nikmat itu. Dunia sebagai penjara bagi mukmin, tapi pada orang kafir sebagai syurga.

Oleh itu rantaikan diri kita dengan keimanan, ketaatan dan ketaqwaan kepada ALLAH S.W.T. Moga-moga kesudahan yang baik adalah milik kita semua. Amin.

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam syurga(taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air(yang mengalir)." (Al-Hijr:45)

Ya ALLAH letakkan dunia ini di tangan kami, bukan di hati kami. Sama-sama doakan moga di tetapkan iman. wallahua'alam

http://www.iluveislam.com/

Thursday, March 11, 2010

Nilai seorang Wanita




Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…
Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya
Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…
Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.” Imam Ghazali
Ukhtiku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan…
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…
Ukthiku,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan…
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…
Dari hidup dalam kesesatan
Kerana jangan lupa ukhtiku…
Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupa
Tapi kerana Islam, Iman dan Ihsan…
With love -
Your sister in faith
.

Wednesday, March 10, 2010

PERMATA HATIKU



Alhamdulillah, diri yg serba kekurangan ini masih lagi diberi kesempatan oleh-NYA untuk melakar dan meluahkan cetusan rasa dari hati
Aku bersyukur sangat, kerana masih diberi kesempatan bernafas dan menghirup udara di bumi ini.
Saat keybord disentuh oleh jari-jariku , sebenarnya hatiku dilanda kerinduan yang teramat sangat.Rindu pada family tercinta .
Hanya ALLAH saja yang tahu mcmne rindu yangg aku rasa waktu ni. Adakah Mak,ABAH, dan adik2 juga merasai apa yang sedang aku rasakan sekarang .huhuuu...
Hampir 3 bulan lebih aku tdk balik kampung.Sebenarnya bukan aku tak nak balik ,
tetapi masa yang tidak mengizinkan. Jadual kuliah yang padat, dan pabila ada cuti,ada pulak program yang menanti.

Maka ,terpaksa lah diri ini berkoraban dan menaggung kerinduan seorang diri.
tepon pun sudah,dlm one week tu ada la four or five time, but perasaan rindu tu,
still ada.Bak kata pepatah:
"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

Betul tu, "hidup memerlukan pengorbanan,tanpa pengorbanan mustahil kejayaan dpt dicapai."
Bila dah jauh dari family ni,pergantungan dgn Allah lah yg paling penting.
Bila rasa rindu, mengadu lah dekat Allah, insyaallah dgn rahmat dan kasihnya akan berkurang sedikit perasaan.Allah lah sebaik-baik tempat utk kita curahkan rasa kasih dan rindu .

Agaknya kan, apa emak sedang buat sekarang? ermm...
huhuhu...rindunya nak makan masakan mak. Masak lemak cili api, sambal tumis,dgn mee rebus.ishh2,terliurnya.Mee rebus yg mak buat memang sedap , tak boleh aku nak bayangkan.(slurp...sedapnyer...hingga menjilat jari).
Kat hostel ni tiap2 ari bungkus je la jawabnyer..
kalau nak masak pun, pihak hostel tak benarkan.Maka cafe Makcik dan Gerai Pak Din lah yang selalu mnjadi tempat aku dan kawan-kawan membeli makanan.(hehe....)
kpd MAK,ABAH,dan ADIK2 ku..
percayalah tak ada yang lebih bermakna dalam hidup ini,
melainkan diri kalian semua,
kalianlah permata hatiku.
insyaallah,anakmu ini akan cuba menjadi anak dan kakak yg solehah.
ku berdoa smg diri kalian semua sentiasa diberkati OLEHNYA....

Saturday, March 6, 2010

Untukmu Ya Rasullullah...



Alhamdulillah...tiga hari lepas fakulti aku telah menagadakan sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
jika di imbas kembali kisah kekasih Allah ini, ingin menitis rasanya airmata, tatkala sebuah sajak yang telah didendangkan oleh seorang siswi tentang perjuangan Kekasih Allah ini dalam menyampaikan dakwah islam ke seluruh pelusuk dunia.
menurut Profesor aku dalam ucapannya, belaiu berkata "selawat bukanlah untuk berdoa kepada Rasul, tetapi sebagai satu tanda kecintaan dan ibadah dalam ajaran islam "

Sajak ini dipetik dari web, iluveislam.com.

Untukmu Rasullullah
Sayu hatiku mengungkap rindu,
Kepada insan kekasihku,
Teringinku mendakap wajahmu,
Wajah yang bercahaya,
Mengalahkan sang suria.


Ya Rasulullah,
Cair qalbuku,
Sebak qalbuku,
Melihat dirimu,
Sinar akhlakmu,
Indah peribadimu,
Kata-katamu,
Indah menusuk qalbuku...


Ya Mustofa,
Resah hatiku,
Pilu hatiku,
Melihat dirimu,
Disisih ummatmu,
Tidak pernah mereka sedar,
Pahit, pedih yang kau hadapi,
Tika Jibrail datang bertemu,
Membawa wahyu dari Ilahi,
Pasti basah peluh di dahi,
Menahan beratnya amanah ini...

Pernahkah kita terfikir betapa cinta dan kasihnya Kekasih Allah ini kepada kita ,
sehinggakan di akhir nyawanya diambil oleh Jibril,di bibirnya masih lagi menyebut "Ummati, Ummati,Ummati"
begitu sayang dan cintanya kepada kita tidak dapat digambarkan dengan perbuatan dan kata2.
Tapi amatlah menyedihkan sekali,hari ini mungkinkah boleh dikatakan sebahagian umat Kekasih Allah ini sudah melupakan Perjuangan Kekasih Allah ini.Hari demi hari nilai keislaman semakin nipis di dalam diri.Kadang2 diri mengaku beriman dengan Allah dan Rasulnya,tetapi diri langsung tidak menggambarkan apa diucapkan oleh bibir.Perbuatan langsung tidak menggambarkan sifat2 yang terdapat dalam diri Kekasih Allah ini.
Ada yang mengaku cinta dan kasih kepada Rasulnya,Tapi tidak mengikut apa yang diajar oleh Baginda.
Ya ALLAH.. bantulah hambamu yang lemah ini dalam menjalani liku-liku kehidupan yang penuh dengan pancaroba.Biarkanlah setiap langkahku menuju jalan kebenaranmu adalah langkah kebenaran,
setiap kalimah terucap dibibir ini adalAh kalimah indah ikutan kekasih hatimu,
setiap perbuatan ku ini lahir dari ikutan kekasih Hatimu, MUHAMMAD S.A.W.

marilah sama2 kita hayati makna sebenar disebalik Sambutan Maulidur Rasul.
Kekasih Allah, lahirmu membawa seribu cahaya,
Hilangmu tiada pengganti lagi...

Wednesday, March 3, 2010

15 Pintu Syaitan Yang Ada Di Dalam Diri Kita


- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki Syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa
Moga kita saling ingat memperingati antara satu sama lain.