BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 23, 2010

BERKAWAN BIAR BERIBU...


Berkawan biar beribu
musuh jangan di cari.
Aku pegang kata-kata- ini.
Bagiku ada betulnya kata-kata ni.
Alhamdulillah bertuahnya rasa hidup ini dikurniakan kawan yang sekepala,
senang dan susah dilalui bersama.
Secara jujurnya...
aku akui hidup aku pasti sunyi kalau tak ada kawan2 aku bersama.mea, ain ,wana ,atiq ,ila dan banyak lagi la..
baiklah,aku perkenalkan salah sorang daripada kawan aku ni,
kalau tak ada dia mesti hidup aku dan kawan2 lain sunyi.
Nama Dipanggil MEA. Orangnya sangat hepi go lucky.Berbadan ala model gitu,ahak...hehe
erm..Dia selalu berangan nak jadi macam model dan pelakon seperti Nasya Aziz...hahaha
( moga2 tercapai la impiannya 2)
pesanan kepada kawanku ni..
bila dah jadi org media jgn la lupa kawanmu ini ok...
Apa yang uniknya tentang kawanku ni,
walaupun bertubuh kecil, tapi kalau bab makan serah dekat dia.
mengalahkan orang yang berbadan besar..
boleh dikatakan hobi kawanku sorang ni suka menyakat kawan2 len.
satu lagi, kawan aku ni banyak peminatnya tau..
maklumlah orang cantik kan..
mesti la ramai ynag meminatinya.
tapi sekarang ni dia dah single, katanya
aku pun tak pasti
kadang2 aku pun tak faham,
dia kata still single,
tapi...hehe,,bila dirisik rupanya sudah berpunya,
katanya hanya kawan biasa..
hahaha... whatever la kawanku mea
harap2 nnti jumpa la dia dengan prince charming yang diimpikan 2.

"Kita bertemu dan berpisah kerana Allah"
sesungguhnya ukhwah yang dibina kerana Allah adalah lebih manis ".

Thursday, February 4, 2010

CAHAYA CINTAKU...

CAHAYA CINTAKU…..

REMBULAN cahaya hatiku,
Tanpamu,ku hilang arah,
Tanpa cahaya cintamu,
Hilanglah sinar dalam hatiku,
Kaulah REMBULAN yang menerangiku kala kegelapan menjelma,
Kau biaskan cahaya kasihmu dalam diriku
Kau lemparkan sinar bahagia,
Di segenap ruang sanubariku,
Biar aku rasai,
Biar aku hayati,
berilah aku cahaya cintamu itu
Agar bisa ku pegang menjadi genggaman sakti,
Benarkan aku hayati bait maksud semua itu’
Kau berikan aku kesempatan kala aku dalam kesempitan,
Kau ajarku erti sebuah kehidupan,
Kau biarkan lafazku lancar menembusi makna kalimat saktimu,
Hanya kau bisa menembusi jendela cinta hatiku ini,
Setiap detik nafasku hanya untukmu,
Setiap langkah cintaku hanya untukmu,
Seperti ombak yang sentiasa berdesir di lautan sepi,
Begitulah juga desiran nafas cintaku padamu ,
Tidak pernah pudar walau sesaat,
Walau dihempas bayu sepi,
Mana mungkin luntur hanya secebis dugaan yang kau lemparkan padaku,
Bahkan menambahkan lagi cinta dan kasihku padaMU,
Kala ku kesedihan,
Kaulah tempat aku meluahkan rasa hati,
Dengan dirimu aku rasai nikmat cinta teragung,
kau berikan aku ketenangan,
kala aku gembira,
kau detikkan dalam hatiku cahaya kesyukuranmu.
Tatkala aku alpa,
Kau berikan aku Cuma secebis dugaan,
Membuatku sentiasa ingat akan rahmat agungmu itu,
Agar bisa ku akui,
Seluruh hidupku ,seluruh jasadku,
Adalah milikmu………
Hidupku hanya UNTUKMU..

Nurkilan:Birudamai